Tempat berjual-beli terbesar di Malaysia.
Kebanyakan daripada kita mesti pernah dengar tentang Mudah.my, bukan? Ia merupakan salah satu platform untuk kita menjual mahupun membeli produk atau perkhidmatan. Mostly barang yang dijual adalah dalam kondisi second-hand. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencari kerja melalui Mudah.my. Simple, bukan?

Saya yang masih lagi "newbie" dalam benda seperti ini pun turut berminat ingin mencuba menjual barang. Barang yang saya ingin jual bukan-lah barang second-hand tetapi more to hobby or collection iaitu duit syiling lama sekitar 60-an. Duit syiling tersebut saya terima sebagai baki membeli sarapan pagi di sebuah gerai di Kuala Lumpur. Duit syiling tersebut merupakan 50 sen tahun 1968. Selepas itu,saya berfikir mungkin saya boleh mencuba menjualnya di Mudah.my.

Barang yang hendak dijual.

Dipendekkan cerita, saya post iklan tersebut beserta nombor telefon (in case ada yang berminat).
Ia memerlukan beberapa jam sebelum pihak Mudah.my approve iklan duit syiling tersebut. 5 minit kemudian, entah tiba-tiba beberapa orang 'whatsapp' saya dan berkata berminat ingin membeli.

Pembeli yang 'berminat'
Pembeli yang menawarkan RM200,000 untuk membeli duit syilling tersebut.

Saya mula perasan bahawa code nombor telefon semuanya sama walaupun berbeza negara iaitu +234 yang merujuk kepada negara Nigeria.

Sini saya sertakan screenshot perbualan tentang projek besar "kami".

Pembeli pertama.

Pembeli pertama (WOW RM60 ribu !)

Pembeli kedua.

Pembeli kedua (Agent cash?)

Pembeli ketiga (tinggal di "UK")

Pembeli ketiga (katanya hanya prefer melalui online banking)

Pembeli ketiga (selepas itu tiada jawapan)

Bayangkan apa terjadi dengan wang saya yang terdapat di bank. Mungkin habis diambil oleh scammer tersebut. 

Konklusinya, hati-hati apabila berurusan secara online terutama lagi perkara yang membuatkan wang. Jika boleh jangan dedahkan benda peribadi seperti nombor bank akaun tanpa usual periksa. Saya berasa amat bernasib baik dapat menghidu scammer ini lebih awal. Jadikan kejadian ini sebagai iktibar kita bersama.


Sila-kan share jika artikel ini bermanfaat.



Klik Bisnes Air Balang untuk menjana side income dengan menjual air balang.
Klik Formula Kurus untuk kurus 5kg sebulan.

Memang benar, itu persepsi orang ramai terhadap pelajar aliran sastera terutama lagi ibu bapa. Tetapi yang menyedihkan guru sekolah sendiri yang memandang rendah terhadap sekumpulan pelajar ini. Mereka kata susah nak berjaya, susah nak masuk universiti dan macam-macam lagi. Tidak dinafikan saya juga berfikiran seperti mereka.

I am so stupid.
Ya benar, saya sendiri daripada kelas aliran sastera. Saya juga daripada kelas aliran sains. Semasa tingkatan 4, saya diletakkan di dalam kelas sains oleh kerana keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang agak cemerlang. Namun saya hanya bertahan selama 6 bulan. Ini disebabkan oleh keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang sangat mengecewakan. Semua subjek sains gagal dan yang lebih teruk, Matematik Tambahan saya mendapat markah kosong. Bayangkan KOSONG! Macam tak ada belajar langsung. Kemudian penolong kanan sekolah memanggil nama saya untuk berjumpa dengannya. Perkara yang saya tidak jangka berlaku iaitu saya diturunkan kelas ke aliran sastera.

Beberapa minggu pertama agak sukar membiasakan diri dengan kelas yang baharu. Akan tetapi subjek baru yang diajar membuatkan saya lebih mudah untuk memahaminya. Secara perlahan-lahan, saya mulai mengetahui bidang apa yang saya akan lanjutkan apabila tamat persekolah kelak.
Bukan itu sahaja, rakan-rakan baharu juga banyak membantu di dalam proses pembelajaran. 
Sepanjang setahun setengah belajar di kelas non-sains, persepsi ataupun tanggapan tentang aliran 'low-class' ini benar-benar telah berubah.

Jika hendak dibandingkan dengan keputusan SPM, pelajar aliran sastera di sekolah saya mampu bersaing dengan pelajar aliran sains. Rakan-rakan saya yang lain mendapat keputusan yang amat cemerlang sehingga guru-guru pun tak menjangkakan keputusan yang sebegitu rupa. Saya juga mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM iaitu 8A 1B sehingga terpilih mendapat biasiswa dibawah sebuah yayasan.


Kesimpulannya, jika anda merupakan pelajar aliran sastera jangan anggap anda tak mampu bersaing dan berjaya. Pilihlah aliran berdasarkan minat anda. Pernah tak terfikir kenapa ramai business-man seperti Tony Fernandez dan Donald Trump boleh berjaya walaupun bukan daripada bidang sains?  
Percayalah bahawa kedua-dua aliran ini mempunyai kebaikan masing-masing yang patut kita terima dan bukan hanya memandang ke arah yang satu sahaja.

Sastera vs Sains.


 Dipersilakan 'share' jika anda berasa artikel ini bermanfaat.





Bendera negeri Sabah.
Sabah dikenali dengan kepelbagaian kehidupan flora dan fauna. Semestinya semua orang tahu bahawa Gunung Kinabalu merupakan sebuah ikon yang secara terang-terangan menjadi simbol kebanggaan orang Sabah.

Namun disebalik segala keindahan tersebut, di Sabah juga terdapat beberapa shopping mall di kawasan Kota Kinabalu yang wajib anda tahu.

Disini saya listkan 5 Shopping Mall terbaik di KK!

1) 1Borneo Hypermall


1Borneo Hypermall pada waktu malam.

Secara rasminya telah dibuka pada tahun 31 Mei 2008. Lokasinya daripada Bandaraya Kota Kinabalu hanya sejauh 7 kilometer dan merupakan tempat yang amat strategik kerana berdekatan dengan kawasan perumahan, universiti dan juga kedai-kedai.
Oleh kerana lokasinya juga berdekatan dengan beberapa universiti awam iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS), UiTM Sabah dan Politeknik KK, tempat ini sering dijadikan sebagai tempat untuk melepak dan menghilangkan stress para pelajar.
Disini terdapat banyak kedai pakaian/fesyen seperti H&M dan Parkson yang sesuai untuk anda habiskan duit terutama lagi pada musim perayaan!


2) Kompleks Karamunsing


Kompleks Karamunsing.

Saya boleh katakan tempat ini umpama Plaza Lowyat Sabah kerana segala gadget dan peralatan elektronik boleh didapati di sini. Dari telefon bimbit sehingga komputer semuanya tidak turut ketinggalan.
Bukan itu sahaja, banyak lagi barangan dan perkhidmatan terdapat disini seperti kedai gunting rambut dan kedai pakaian. Lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar menyebabkan tempat ini sering sesak terutama lagi hujung minggu.


3) Centre Point

Centre Point.

Shopping mall ini merupakan antara yang terlama di Sabah. Walaupun terdapat beberapa kes yang tidak diingini terjadi di kawasan shopping mall ini (yang orang kk mesti tahu ni), tempat ini masih terkenal sebagai tempat untuk membeli-belah dan melepak.
Tetapi saya nasihatkan jikalau ingin membeli sebarang bentuk gadget, sila berhati-hati dan pastikan produk tersebut benar-benar berkualiti.


4) Wisma Merdeka

Wisma Merdeka.

Sama seperti Centre Point, shopping mall ini juga antara yang terlama bertapak di Kota Kinabalu. Di sini banyak kedai yang menjual pakaian dan juga aksesori-aksesori yang lain.
Biasanya tempat ini akan sibuk dan sesak jika musim perayaan bakal tiba dengan diskaun-diskaun sehingga 70 peratus! Antara kedai yang paling banyak dikunjungi ialah Tong's, kedai pakaian untuk lelaki dan perempuan.


5) Suria Sabah

Suria Sabah.

Antara shopping mall yang seimbang dari segi jenis produk dan perkhidmatan yang dijual. Dari kedai buku, pakaian hingga gadget, semuanya ada di sini.
Banyak acara-acara dan majlis-majlis telah dilaksanakan di kawasan Suria Sabah termasuk perjumpaan dengan selebriti-selebriti  terkenal dari dalam hingga luar negara.



6) Imago KK Times Square

Imago KK Times Square.

Merupakan shopping mall yang baru dibuka pada tahun 2015. Berbagai jenama-jenama popular terutamanya pakaian dan fesyen terdapat di Imago.
Disebabkan ruangan dan selok-belok di dalam shopping mall ini, ianya dilabel sebagai shopping mall yang hampir sama dengan tempat membeli-belah di Kuala Lumpur.



Kesimpulannya, di atas merupakan 6 pilihan shopping mall terbaik yang ada di Kota Kinabalu, Sabah yang wajib anda tahu. Jikalau anda ingin menghabiskan duit anda, 6 shopping mall tersebut merupakan tempat yang sesuai !

*Perlu diingatkan susunan tersebut bukan berdasarkan ranking tetapi ia cuma disusun secara rawak.


Dipersilakan 'share' jika anda berasa post ini bermanfaat.


Hi everyone !

Okay basically ini post pertama yang saya publish dalam blog ini. Entah kenapa tiba-tiba terasa hendak membina sebuah blog apabila terbaca artikel tentang benefits mempunyai blog sendiri.

So back to the main topic, post kali ini berkaitan dengan pengalaman yang telah saya lalui selama sebulan lebih di Unirazak untuk mengikuti program English Preparatory Program atau singkatannya EPP under Yayasan Peneraju. Ia bermula pada 31 Julai sehingga 15 September pada tahun 2016.

Geng YPPB Tunas Potensi Batch 5.2

Sebab mengapa YPPB melaksanakan program ini ialah untuk membantu bakal student universiti under Peneraju bersiap-sedia especially dalam bahasa inggeris. Yelah kan university mostly pakai bahasa inggeris dalam lectures and segala surat-menyurat rasmi pun mestilah english kan.

Graduation Day.
Kalau dengar perkataan 'english' tu mesti ramai yang takut and cuba avoid menggunakannya tapi dalam program under EPP oleh Yayasan Peneraju anda akan dilatih untuk menghadapi perasaan takut tersebut. Dalam program ini korang akan diberi pendedahan termasuklah dalam listening, speaking, grammar dan writting.

Semasa EPP kami dibahagi kepada 4 kelas iaitu Achilles, Athena, Hera dan Zeus berdasarkan tahap keputusan English Test. Kalau keputusan semasa English Test dapat level 'Advance' maknanya korang boleh pulang ke rumah kerana keputusan  itu sangat cemerlang. Tetapi yang tak dapat 'Advance' akan stay untuk EPP selama beberapa minggu.

Kelas Achilles.
Tak rugi sebenarnya terpilih kerana memang banyak pengalaman and kenangan yang seronok. Part yang paling best ialah dapat kenal ramai rakan yang datang dari seluruh Malaysia kerana saya sendiri datang dari Sabah datang ke Semenanjung.

Kesimpulannya, mengikuti EPP merupakan pengalaman yang amat menarik yang saya pernah lalui selain dapat mendalami seni Bahasa Inggeris dalam berbagai jenis.

UniRazak's Gym.
Berkelah dekat Botanical Garden, Kuala Lumpur.
Sempat juga sambut Hari Merdeka dekat Dataran Merdeka.
Bergambar di hadapan signboard besar UniRazak.
Member kelas Achilles.
Jejaka tampan. Teka mana satu saya?
Dikuasakan oleh Blogger.

Tentang Saya

Sebuah blog berkisarkan kehidupan seorang blogger. Artikel atau posting ada kaitan tentang pengalaman, pendapat, review dan lain-lain perkara.

Segala tulisan adalah hak milik blogger. 'Screenshot' atau 'Printscreen' tidak dibenarkan kecuali dengan izin blogger sendiri.

Post Yang Popular

Pages - Menu