![]() |
Bendera negeri Sabah. |
Namun disebalik segala keindahan tersebut, di Sabah juga terdapat beberapa shopping mall di kawasan Kota Kinabalu yang wajib anda tahu.
Disini saya listkan 5 Shopping Mall terbaik di KK!
1) 1Borneo Hypermall
![]() |
1Borneo Hypermall pada waktu malam. |
Secara rasminya telah dibuka pada tahun 31 Mei 2008. Lokasinya daripada Bandaraya Kota Kinabalu hanya sejauh 7 kilometer dan merupakan tempat yang amat strategik kerana berdekatan dengan kawasan perumahan, universiti dan juga kedai-kedai.
Oleh kerana lokasinya juga berdekatan dengan beberapa universiti awam iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS), UiTM Sabah dan Politeknik KK, tempat ini sering dijadikan sebagai tempat untuk melepak dan menghilangkan stress para pelajar.
Disini terdapat banyak kedai pakaian/fesyen seperti H&M dan Parkson yang sesuai untuk anda habiskan duit terutama lagi pada musim perayaan!
2) Kompleks Karamunsing
![]() |
Kompleks Karamunsing. |
Saya boleh katakan tempat ini umpama Plaza Lowyat Sabah kerana segala gadget dan peralatan elektronik boleh didapati di sini. Dari telefon bimbit sehingga komputer semuanya tidak turut ketinggalan.
Bukan itu sahaja, banyak lagi barangan dan perkhidmatan terdapat disini seperti kedai gunting rambut dan kedai pakaian. Lokasinya yang berada di tengah-tengah bandar menyebabkan tempat ini sering sesak terutama lagi hujung minggu.
3) Centre Point
Centre Point. |
Tetapi saya nasihatkan jikalau ingin membeli sebarang bentuk gadget, sila berhati-hati dan pastikan produk tersebut benar-benar berkualiti.
4) Wisma Merdeka
![]() |
Wisma Merdeka. |
Biasanya tempat ini akan sibuk dan sesak jika musim perayaan bakal tiba dengan diskaun-diskaun sehingga 70 peratus! Antara kedai yang paling banyak dikunjungi ialah Tong's, kedai pakaian untuk lelaki dan perempuan.
5) Suria Sabah
![]() |
Suria Sabah. |
Banyak acara-acara dan majlis-majlis telah dilaksanakan di kawasan Suria Sabah termasuk perjumpaan dengan selebriti-selebriti terkenal dari dalam hingga luar negara.
6) Imago KK Times Square
![]() |
Imago KK Times Square. |
Disebabkan ruangan dan selok-belok di dalam shopping mall ini, ianya dilabel sebagai shopping mall yang hampir sama dengan tempat membeli-belah di Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, di atas merupakan 6 pilihan shopping mall terbaik yang ada di Kota Kinabalu, Sabah yang wajib anda tahu. Jikalau anda ingin menghabiskan duit anda, 6 shopping mall tersebut merupakan tempat yang sesuai !
*Perlu diingatkan susunan tersebut bukan berdasarkan ranking tetapi ia cuma disusun secara rawak.
Dipersilakan 'share' jika anda berasa post ini bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan