![]() |
I am so stupid. |
Beberapa minggu pertama agak sukar membiasakan diri dengan kelas yang baharu. Akan tetapi subjek baru yang diajar membuatkan saya lebih mudah untuk memahaminya. Secara perlahan-lahan, saya mulai mengetahui bidang apa yang saya akan lanjutkan apabila tamat persekolah kelak.
Bukan itu sahaja, rakan-rakan baharu juga banyak membantu di dalam proses pembelajaran.
Sepanjang setahun setengah belajar di kelas non-sains, persepsi ataupun tanggapan tentang aliran 'low-class' ini benar-benar telah berubah.
Jika hendak dibandingkan dengan keputusan SPM, pelajar aliran sastera di sekolah saya mampu bersaing dengan pelajar aliran sains. Rakan-rakan saya yang lain mendapat keputusan yang amat cemerlang sehingga guru-guru pun tak menjangkakan keputusan yang sebegitu rupa. Saya juga mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM iaitu 8A 1B sehingga terpilih mendapat biasiswa dibawah sebuah yayasan.
Kesimpulannya, jika anda merupakan pelajar aliran sastera jangan anggap anda tak mampu bersaing dan berjaya. Pilihlah aliran berdasarkan minat anda. Pernah tak terfikir kenapa ramai business-man seperti Tony Fernandez dan Donald Trump boleh berjaya walaupun bukan daripada bidang sains?
Percayalah bahawa kedua-dua aliran ini mempunyai kebaikan masing-masing yang patut kita terima dan bukan hanya memandang ke arah yang satu sahaja.
![]() |
Sastera vs Sains. |
Dipersilakan 'share' jika anda berasa artikel ini bermanfaat.
Wild Joker No Deposit Free Spins – Latest Jackpot Wins 10cric login 10cric login betway login betway login 1845free today soccer prediction for today prediction for today
BalasPadam