 |
Tempat berjual-beli terbesar di Malaysia. |
Kebanyakan daripada kita mesti pernah dengar tentang Mudah.my, bukan? Ia merupakan salah satu platform untuk kita menjual mahupun membeli produk atau perkhidmatan. Mostly barang yang dijual adalah dalam kondisi second-hand. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencari kerja melalui Mudah.my. Simple, bukan?
Saya yang masih lagi "newbie" dalam benda seperti ini pun turut berminat ingin mencuba menjual barang. Barang yang saya ingin jual bukan-lah barang second-hand tetapi more to hobby or collection iaitu duit syiling lama sekitar 60-an. Duit syiling tersebut saya terima sebagai baki membeli sarapan pagi di sebuah gerai di Kuala Lumpur. Duit syiling tersebut merupakan 50 sen tahun 1968. Selepas itu,saya berfikir mungkin saya boleh mencuba menjualnya di Mudah.my.
 |
Barang yang hendak dijual. |
Dipendekkan cerita, saya post iklan tersebut beserta nombor telefon (in case ada yang berminat).
Ia memerlukan beberapa jam sebelum pihak Mudah.my approve iklan duit syiling tersebut. 5 minit kemudian, entah tiba-tiba beberapa orang 'whatsapp' saya dan berkata berminat ingin membeli.
 |
Pembeli yang 'berminat' |
 |
Pembeli yang menawarkan RM200,000 untuk membeli duit syilling tersebut. |
Saya mula perasan bahawa code nombor telefon semuanya sama walaupun berbeza negara iaitu +234 yang merujuk kepada negara Nigeria.
Sini saya sertakan screenshot perbualan tentang projek besar "kami".
 |
Pembeli pertama. |
 |
Pembeli pertama (WOW RM60 ribu !) |
 |
Pembeli kedua. |
 |
Pembeli kedua (Agent cash?) |
 |
Pembeli ketiga (tinggal di "UK") |
 |
Pembeli ketiga (katanya hanya prefer melalui online banking) |
 |
Pembeli ketiga (selepas itu tiada jawapan) |
Bayangkan apa terjadi dengan wang saya yang terdapat di bank. Mungkin habis diambil oleh scammer tersebut.
Konklusinya, hati-hati apabila berurusan secara online terutama lagi perkara yang membuatkan wang. Jika boleh jangan dedahkan benda peribadi seperti nombor bank akaun tanpa usual periksa. Saya berasa amat bernasib baik dapat menghidu scammer ini lebih awal. Jadikan kejadian ini sebagai iktibar kita bersama.
Sila-kan share jika artikel ini bermanfaat.
Klik Bisnes Air Balang untuk menjana side income dengan menjual air balang.
Klik Formula Kurus untuk kurus 5kg sebulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan