Yayasan Peneraju Tunas Potensi 5.2: English Preparatory Program

Hi everyone !

Okay basically ini post pertama yang saya publish dalam blog ini. Entah kenapa tiba-tiba terasa hendak membina sebuah blog apabila terbaca artikel tentang benefits mempunyai blog sendiri.

So back to the main topic, post kali ini berkaitan dengan pengalaman yang telah saya lalui selama sebulan lebih di Unirazak untuk mengikuti program English Preparatory Program atau singkatannya EPP under Yayasan Peneraju. Ia bermula pada 31 Julai sehingga 15 September pada tahun 2016.

Geng YPPB Tunas Potensi Batch 5.2

Sebab mengapa YPPB melaksanakan program ini ialah untuk membantu bakal student universiti under Peneraju bersiap-sedia especially dalam bahasa inggeris. Yelah kan university mostly pakai bahasa inggeris dalam lectures and segala surat-menyurat rasmi pun mestilah english kan.

Graduation Day.
Kalau dengar perkataan 'english' tu mesti ramai yang takut and cuba avoid menggunakannya tapi dalam program under EPP oleh Yayasan Peneraju anda akan dilatih untuk menghadapi perasaan takut tersebut. Dalam program ini korang akan diberi pendedahan termasuklah dalam listening, speaking, grammar dan writting.

Semasa EPP kami dibahagi kepada 4 kelas iaitu Achilles, Athena, Hera dan Zeus berdasarkan tahap keputusan English Test. Kalau keputusan semasa English Test dapat level 'Advance' maknanya korang boleh pulang ke rumah kerana keputusan  itu sangat cemerlang. Tetapi yang tak dapat 'Advance' akan stay untuk EPP selama beberapa minggu.

Kelas Achilles.
Tak rugi sebenarnya terpilih kerana memang banyak pengalaman and kenangan yang seronok. Part yang paling best ialah dapat kenal ramai rakan yang datang dari seluruh Malaysia kerana saya sendiri datang dari Sabah datang ke Semenanjung.

Kesimpulannya, mengikuti EPP merupakan pengalaman yang amat menarik yang saya pernah lalui selain dapat mendalami seni Bahasa Inggeris dalam berbagai jenis.

UniRazak's Gym.
Berkelah dekat Botanical Garden, Kuala Lumpur.
Sempat juga sambut Hari Merdeka dekat Dataran Merdeka.
Bergambar di hadapan signboard besar UniRazak.
Member kelas Achilles.
Jejaka tampan. Teka mana satu saya?

Related Posts

8 ulasan

  1. Kalu jejaka tampan rasanye yg tengah tu kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh saya nmpk saya ������

      Padam
  2. Nk pgi EPP tu blh x bgitahu senarai barang yg dibawa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi! baju bawa secukupnya seperti baju biasa, casual, formal dan sukan. Alat tulis dan buku nota (termasuk buku BI), kertas tulis. harap dapat membantu :)

      Padam
  3. nak pergi epp tapi rasa takut sebab English saya noob sangat

    BalasPadam
  4. Salam. Nak tanya. Pihak Yayasan Peneraju ada memaklumkan senarai nama terpilih ke untuk mengikuti kelas tersebut?

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.

Tentang Saya

Sebuah blog berkisarkan kehidupan seorang blogger. Artikel atau posting ada kaitan tentang pengalaman, pendapat, review dan lain-lain perkara.

Segala tulisan adalah hak milik blogger. 'Screenshot' atau 'Printscreen' tidak dibenarkan kecuali dengan izin blogger sendiri.

Post Yang Popular

Pages - Menu